Tuesday, April 9, 2013

Kekuatan...



Assalamualaikum....muzzs khabar baik Alhamdulillah(orang tak tanya pun hehe)..tengok pada tajuk di atas...musti ramai yang terpikir...buang tebiat ke blogger ni letak tajuk satu patah....well3....sebagaimana biasa ini adalah blog daku...maka ikut suka daku lah nak tulis apa....

tajuk ni sebenarnya mengambarkan bertapa susah hatinya seorang manusia yang menjadi penulis blog ini berikutan...ramai sahabat handai mintak tawaran ke luar negara...maka dengan tengok post-post facebook dan tweeter...maka bertambah sedihlah diriku yang setakat ini hanya mengharapkan dapat apa yang dihajatkan di upu....dek kerana banyak sangat post-post di facebook yang menceritakan kegembiraan diorang...maka diriku terfikir.....jap2...apasal puitis benar bahasa ni..hehe

muzzs pun terfikir...yang post kat facebook pasal kegembiraan diorang ni...diorang tak fikir ke pasal kesusahan,kesedihan orang lain..mungkin bagi muzzs yang berhati keluli(cheewaah)ni tak kisah...ada seorang budak tu bila nampak je kawan-kawannya post pasal kejayaan diorang kat facebook maka tanpa ribut dan hujan beliau terus menutup komputernya dan menangis..sampai emaknya mari mengadu kat seorang ustaz pasal tak tahu lagi nak buat macam mana....

Kepada yang cemerlang dengan result yang mengegarkan bumi malaysia ni...fikirlah 2-3 kali bila nak post something on facebook tu...jaga hati orang lain...yes...muzzs tahu memang korang happy...kalau boleh buatlah dengan cara yang betul seperti solat sunat...sujud syukur yang akan membuatkan anda dan orang lain bahagia....Keputusan yang cemerlang itu mungkin boleh menjadi rahmat..dan mungkin juga boleh menjadi ujian...Allah nak lihat kita sejauh manakah..kita beriman kepada Allah setelah kita diberi rahmat oleh Allah...muzzs harap Allah tak akan palingkan mereka ke arah kebinasaan setelah Allah memberi rahmat kepada mereka..(mereka tu merujuk kpd yang cemerlang hehehe)

Kepada yang gagal...tak bermakna anda selalu gagal...muzzs pun di antara orang yang  pernah gagal..tapi muzzs percaya Allah tak akan sia-siakan hamba-hambanya yang bersyukur...jadi kesimpulan yang bersimpul..kita gagal kerana diuji Allah kerana Allah masih sayangkan kita....adakah anda ingat kepada Allah ketika anda gagal....tentu sekali...dan adakah anda pasti yang jika Allah berikan kejayaan kepada kita...kita akan terus mengingati Allah...fikir-fikirkan lah...

Kejayaan selepas kegagalan adalah manis......maka beruntunglah kepada yang pernah gagal dan tidak berputus asa untuk bangkit...

sekian......Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment