Tuesday, October 13, 2009

Hari raya tahun ni muzzs beraya kat kampung. Biasalah kadang-kadang beraya kat sini.Tahun ni memang agak meriah kerana ramai orang berlumba-lumba membuat rumah terbuka macam kenduri pulak best jugak.

Kepada adik-adik raya tahun ni mesti banyak dapat duit raya dan pesanan muzzs jangan main mercun

Sunday, August 30, 2009

puasa


Hari pertama puasa macam biasalah setiap tahun muram,tapi bila dah sampai pertengahan puasa banyak la bazar ramadhan sana sini dibuka.Macam-macam ada,tak kira lauk-pauk ke kuih-muih ke ataupun makanan ringan.Ada peniaga yang pandai melayan pelanggan biasanya peniaga macam ini ada ramai pelanggan tetap.

Kebiasanya sesetengah negeri mempunyai kuih-muih tradisional sendiri macam kelantan ada kuih jala emas,buah tanjung dan tahi itik.Kalau negeri sembilan pula ada sesetengah bazar menjual lemang tepung beras.




pesanan muzzs kalau adik-adik yang baru belajar puasa ni,kalau mampu puasa biar penuh baru nanti rasa nikmat raya.ok.

Friday, August 21, 2009

hari ini saya jaga kedai alatan komputer milik ayah saya.first-time jaga kedai sorang sorang-sorang,tapi sistem kedai ni sekarang ni dah canggih jadi muzzs tak perlu buat kerja yang susah-susah,apalagi sekarang ini hari pertama puasa tahun ini jadi tak la penat sangat buat kerja.Hari ini pekerja ayah tak balik lagi.

Tuesday, August 11, 2009


Pada ogos 2009,muzzs telah pergi ke pertandingan nasyid peringkat kebangsaan.Muzzs dan pasukan nasyid sekolah mewakili pasukan terengganu. Pertandingan ini diadakan di sungai petani kedah .

Memang seronok disebabkan muzzs baru pertama kali pergi ke peringkat kebangsaan.Banyak jugalah yang dapat dipelajari daripada pasukan lain yang hebat-hebat.

pertandingan ini dimenangi oleh pasukan kelantan.

pasukan muzzs yang mewakili terengganu nampaknya tiada rezeki tahun ini.tak apalah lagipun kemungkinan pasukan terengganu akan menang tahun depan.kalau dengan berkat dan izin Allah.

Pasukan nasyid yang ada di dalam gambar ini ialah kebanyakanya adalah tingkatan 5 jadi pada tahun depan muzzs perlu berusaha lebih bagi membentuk pasukan baru.

Thursday, August 6, 2009

Saya mula tulis blog ni pada 6 ogos 2009.Saya ni budak sekolah baru tingkatan 2 maklumlah baru belajar buat blog.lagipun tahun depan saya nak ambil peperiksaan,kemungkinan banyak yang dapat ditulis tahun depan