Sunday, May 12, 2013

matrik...Gambang plak dah


Assalmualaikum.....maka hari ini bermulalah sesi mengemaskan blog yang telah bersawang kerana telah lama tak diuruskan...tapi takpelah kerana blog ni memang tak de pengujung...dah jadi macam diari peribadi tuan empunya blog..kalau sesiapa yang mengunjung saya mintak maaf sebab blog ni x macam blog orang lain kerana sebab2 berikut...
1)saya tak pandai hias blog
2)saya tak pandai nak tulis fakta dalam blog
3)say tak pandai promote blog saya kepada orng ramai menyebabkan xde follower

saya buat blog ni sekadar untuk menulis apa yang terfikir dalam kepala saya...bila saya ada idea dan ada mood naka menulis..barulah saya update blog saya...

cukuplah ayat2 touching ni...dan dengan segala hormatnya saya menukar personaliti ketika menulis

Sila tengok tajuk di atas....mesti ramai yang dah angin...apa pasal blogger ni merapu semacam jew...ye biasalah tu...ramai blogger lain buat intro guna pic yang diorang capture every second ala maklumlah handsome(this is a compliment -_-)...hamba ini tidaklah handsome...takut2 kalau letak pic hamba ini dengan automatiknya blog ini akan ditutup oleh server kerana menyebabkan ramai orang muntah...(maybe not that bad)..tapi apa yang aku tahu aku memang tak handsome dan aku tak naklah letak gambar aku pose maut depan cermin jamban...opsss toilet....(kasar nampak =P)...

ehh2...jauh pulak melencong...maaf2...emosional sket..

Saya dengan ini mendapat tawaran ke Matrikulasi Pahang KMPh...atau budak2 suka panggil matrik Gambang...why...of courselah sebab matrik ni terletak di gambang...xkan x pasal2 budak nak panggil nama ini ye tak..hehe...

Saya dapat program dua tahun PDT...(ala maklumlah...hamba manusia yang lemah )..dah tahu lemah apasal x usaha...cewah..naluriku bersuara...program dua tahun ini untuk insan2 yang seangkatan denganku dan dengan erti kata lain dapat D untuk add math..dan subjek2 sains...

Tapi tak apa lah dua tahun pun dua tahun lah...memandangkan Result UpU belum keluar jadi this is the first option....kalau Uia aku dapat kos asasi sain kesihatan bersekutu...dengan hormatnye bye lah matrik..tapi memandang aku blh D add math aku x mengharapkan sangat lah asasi ni...siapekah aku ini untuk ditawarkan asasi sains kesihatan bersekutu....berlamabak lagi student yang power giler dari aku mintak kos ni..jadi muzzs...anda boleh terus mengharap atau blh isi borang matrik dan menjadi pelajar matrik secara tak rasmi..

Kawan2 aku ramai blh matrik penang setahun plak tu....dengan hormatnye diorang perlekehkan aku memandangkan aku dua tahun...

"wei...baek mung masuk ting 6...same jew dua tahun jugak"
"kalau org macam mung ni masuk metrik memang x nyawalah jawabnya"
"/?"$%^(nama aku...hehe rahsia)...matrik ni bukan untuk orang yang lemah mcam awak"

dan banyak lagi...dengan ini wahai kawan2 aku memang x cerdik...tapi aku masih lagi ada perasaan..aku sedar diri aku memang x layak kawan dengan kawan2 aku yg dlu..korang blh 7A ke atas aku cukup2 makan jew...tapi aku x pernah pandang rendah pada orang yang tak bernasib baik yang lebih teruk dari aku...rezeki aku bukan kawan2 aku yang tentukan..Korang blh cakap apa yang aku akan jadi 10-20 tahun lagi?..x bolehkan...aku lemah masa spm sebab aku selalu sakit n jarang ke sekolah...dan sakit tu bukan aku mintak tuhan nak uji aku...aku bersyukur kerana aku sakit...kerana tuhan masih ingat kat aku..dengan memberi ujian.

korang yang suka perendahkan orang ni ingat kita ni hebat sangat..yes aku pelajar ketegori lemah..masa sekolah aku x dapat kelas tmbhan pelajar target...aku x dapat bantuan buku...aku x dapat kem yang menginap di hotel2 besar.....dan aku bersyukur kerana masih lagi dapat masuk matrik walaupun aku x dapat semua di atas masa belajar...aku benci add math bukan kerana aku memang x minat...tapi kerana kawan asyik memperkecilkan aku...aku buat setakat manapun kawan aku akan kata...

"Weh..daripada mung buang masa tumpu subjek add math ni lagi baik mung buat subjek lain..mung bukan pandai pun add math.."

n sampai sekarang..aku still down....tapi aku x pernah marah kawan aku...aku tak pernah maki kawan aku...aku x pernah doa bukan2...sebab aku tahu...bukan korang tetapkan rezeki aku...

Kalau 10-20 tahun lagi ade yang jadi engineer,doctor,lacturer,scientist..kalau korang nak lupakan aku x kesah...tapi apa yang korang perlu tahu aku tak pernah lupakan korang..


NI tempat aku lepas ni....walaupun kawan2 aku kata aku x layak masuk sini...tapi aku dah dapat dah dapat pun tawaran...bermakna aku layak....aku layak masuk sini..even aku dapat result Spm worst among friend tapi aku bersyukur...dan kepada siapa kata aku tak layak..korang dengar baik2...

Aku rasa dan pasti aku layak masuk KMPh...sebab result spm aku bukan penentunya..dan korang kena ingat

"I used to get straight A in PMR."

"aku x pandai spm bukan aku malas..tapi aku always skip kelas..sebab kesihatan x mengizinkan aku..dan ingat aku pernah berada di atas satu ketika dahulu....."


Muzzs.......Ahad 12_may..13


No comments:

Post a Comment