Monday, December 3, 2012

Ilmu Akhirat

Assalamualaikum...

Sebelum memulakan penulisan saya...2 soalan untuk pembaca .

lihat gambar di sebelah.Berapakali menjejakan kaki dalam seminggu

pernahkah mendalami ilmu agama di sini dan       berapa kali dalam seminggu.

Jika jawapan bagi pertama adalah "pernah"dan jawapan kedua juga adalah "pernah" maka Alhamdullillah.Jika jawapan yang diterima sebaliknya,Dimanakah kita?

Muzzs sebenarnya kadang kala sedih bila ke surau bilangan makmum itu sendiri lebih kecil dari bilangan kipas di surau.Kadang kala muzzs rasa malu juga bila ustaz mengajar ilmu agama,seolah-olah ustaz itu bercakap seorang diri.

Pernah muzzs ke surau dan bila "time" ustaz mengajar tengok-tengok hanya ada dua orang makmum termasuk muzzs sendiri.Dimanakah generasi muda yang masih sihat tubuh badan dan akal fikiran.Muzzs selalu terima dari generasi muda seangkatan dengan muzzs ialah tak sempat,sibuk,tuisyen,kelas malam,study, dan sebagainya.

Jika pelajar-pelajar biologi boleh hafal nama tulang belakang bermula dari Cervicle,hinggalah ke coccyx.Masakan tidak boleh menghafal sebahagian hadis.Jika ditanya soal kitab fiqah,Tassauf dan lain-lain.Maunya sampai ke subuh terkedu dan terkelu.

ilmu akhirat jangan di lupa jangan belajar ilmu dunia atau ilmu akal sahaja.
Nabi pernah bersabda:
"jika kamu ingin bahagia di dunia dengan ilmu,jika kamu ingin bahagia di akhirat dengan ilmu dan jika kamu ingin bahagia untuk kedua-duanya juga dengan ilmu."

belajarlah ilmu agama sekurang-kurangnya khatam satu kitab.Paling mudah adalah kitab fiqah karangan Sheikh Daud Al-Fattani iaitu Matla' Badrain.

Tapi ada juga yang mempersoalkan jika belajar di surau hanya mendengar kuliah maghrib pun bukan boleh jadi ustaz.Ilmu agama adalah sebagai pembimbing diri agar mengikuti landasan sebenar syariat.Adakah jika kita mempelajari ilmu agama wajib bagi kita menjadi ustaz?.
Fikir-fikirkanlah

WallahuA'lam

Game Review(Assassin Creed Revelation)

Muzzs Rating(9/10)


Assalamualaikum....Hari ini muzzs nak buat review Assassin Creed Revelation.

Ok,game ni mempunyai graphic yang power dan cantik,gameplay yang best dgn jalan cerita yang menarik.

Game ni mengisahkan hero yang dikawal oleh player iaitu Ezio Auditore.Cara sebut guna "accent" Perancis sket.

Seorang master assassin yang ditugaskan mencari "masyaf key" untuk membuka perpustakaan milik Altair Ibn La'had bagi mendapatkan "magic Apple"yang mempunyai kuasa tertentu.Di samping itu Ezio juga ditugaskan menjadi mentor bagi satu kumpulan Assassin di Costantinople atau Istanbul.Di sinilah game ini bermula dgn player boleh malakukan mission utama(Main mission) yang membawa kepada penemuan "masyaf key" dan mission sampingan yang antaranya ialah menakluk kawasan di bawah penguasaan byzantien atau askar musuh bagi kerajaan Uthmaniah.Merekrut rakyat biasa yang ditindas oleh Byzantine untuk menjadi Assassin.

Kebanyakan misi dalam game ini dibantu oleh Master Assassin dari Istanbul iaitu Yusuf Kazim.Kita akan bermain dalam satu misi di mana menyelamatkan sultan sulaiman di istana topkapi.Misi ini penting bagi meraih kepercayaan pihak kerajaan terhadap Assassin.

Game ini mempunyai bnyak watak sampingan antaranya
Yusuf Kazim
Sofea Sartor
Putera Sulaiman
Piri Reyes

Watak Protagonist
Ezio Auditore
Altair Ibn La'had

Watak Antagonist
Paleologo
Abbas
Putera Ahmed

Banyak lagi watak yang terlibat kalau tulis kat sini maunya sampai besok pagi....hehe.Dalam game ni kita dapat kenal secara tak langsung bandar Istanbul ketika itu.Di bandar2 bnyak askar Uthmaniah yang digelar Ottoman dan terdapat askar Elite yang digelar Jannisary.

Senjata:
banyak senjata yang digunakan antaranya
Assassin Yataghan Sword
Florentine Falchion
sicilian Rapier
Kurdish jambiya
Standard Stilleto
Beyazid Knife
dan banyak lagi...........

Perisai:
Azap
Spahi
Mamluk(ambil dari pahlawan Mamluk)

Game ini melibatkan pereka dari pelbagai agama jadi isu sensitif agama tidak ditimbulkan dalam game ini.

Last sekali...slogan game review"Main game-main game jugak,jgan sampai tinggal ibadat".

Wassalamualaikum


Cinta



Assalamualaikum

Mesti ada hamba Allah yang pelik bila tgk Tajuk post ni.Jiwang pulak Blogger ni. hehe.Apa yang saya nak kongsikan di sini tiada satu pun manusia dalam dunia ini yang tiada perasaan cinta.Jika kita tanya seorang hamba Allah bahawa adakah dia ada perasaan cinta dalam diri?Jawapan yang diterima bagi yang single mungkin "tak ada" tapi yang dah berpunya mungkin "ada"

Apa yang telah kita lupa dan tidak sedari kebanyakan manusia meletakkan perasaaan cinta itu kepada perempuan,muslimat,kekasih,tunang atau isteri.Tetapi adakah perasaan cinta itu tiada dalam konteks yang lain iaitu
1.Cinta Akan Allah
2.Cinta Akan Rasul
3.Cinta Akan Ibu Bapa
4.Cinta Akan Keluarga
Dan lain-lain

Tapi apa yang muzzs ketahui setiap manusia ada perasaan cinta terhadap insan yang berlainan jantina.Kerana cinta itu merupakan fitrah manusia.Jika cinta diletakkan dintempat yang sepatutnya semua benda akan menjadi indah.Muzzs pun pernah ada perasaan kepada seseorang tetapi memandangkan ada satu nasihat daripada ulama' mesir ada mengatakan

"Perasaan kepada seseorang buat kali pertama adalah mainan hati.Tetapi di manakah perasaan cinta yang sejati itu terletak.Cinta sejati akan muncul jika kita mencintai yang satu(Allah)."

Apa yang ingin muzzs sampaikan jika kita ikutkan perasaan suka dan cinta ketika di usia remaja ini maka satu bas pun boleh penuh jika kita mengumpulkan orang yang kita suka dan sayang.Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mencari redha Allah,cintakan Rasul insya Allah cinta yang sejati pasti akan hadir.

WallahuA'lam


Saturday, December 1, 2012

Apabila diri jatuh tangga





Amacam tgk tjuk post ni mesti ramai yang pening dan tak faham.Apa yang nak diceritakan apabila ada seorang hamba Allah melepaskan perasaan kepada muzzs.Seorang pelajar yang merajuk dengan pihak sekolah kerana dia telah berusaha bersungguh-sungguh setakat termampu tetapi pihak sekolah hanya mengambil berat tentang beberapa pelajar yang menjadi harapan sekolah untuk cemerlang.

Pihak sekolah dikatakan memberi penghargaan secara berterusan kepada pelajar cemerlang.Hamba Allah ini mengatakan bahawa dia agak berkecil hati kerana pelajar cemerlang selalu dibawa sekolah ke kem-kem dan selalu dibelanja makan. Rasa dalam hati nak tergelak pun ada tapi hati kawan kenalah dijaga.

Ya sememangnya di sekolah muzzs pun jadi macam ini jugak tetapi memandangkan muzzs ni pun tergolong pelajar yang bukan target sekolah dan tergolong dalam pelajar yang tak kisah.Jadi perkara ni dianggap biasa saja.

 Memanglah kejayaan yang setiap orang kecapi mestilah dengan usaha sendiri tetapi perlu diingat bahawa Allah sahajalah yang memberikan segala rezeki dan kenikmatan dan kejayaan yang dikecapi.Yang gagal bukanlah tuhan telah tetapkan bahawa dia akan selalu gagal.Tetapi ada rahsia di sebalik kegagalan itu.

 Dalam peristiwa perang uhud pun umat islam diuji dgn kegagalan tetapi selepas itu Allah telah mengurniakan kejayaan kepada umat islam hinggalah kepada peristiwa pembukaan kota mekah.Kegagalan umat islam dalam perang uhud itu mempunyai pengajaran yang tersirat bagi umat islam.

 kejayaan dan kegagalan adalah daripada Allah semata-mata berdasarkan usaha kita sendiri.

Allah telah berfirman
 "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri” (Q.S. Ar-Ra’d:11)

 Tetapi bagi mereka yang telah berjaya harus diingat bahawa kejayaan merupakan nikmat Allah yang
boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja.

Wallahua'lam