Friday, June 19, 2015

Kepentingan Tarbiyyah



Assalamualaikum

Hari ni nak ceritakan pasal kepentingan tarbiyyah.

Bila bab ni semua nak larikan diri nak2 usrah.Kalau ada usrah beberapa kerat yang hadir.Dengan erti kata lain seolah2 menganggap usrah ini bukan satu kepentingan dalam proses tarbiyyah.

Kalau usrah dah "out" apatah lagi jaulah,mukhayyam...tamrin...jauh sekali.
kalau ada pun datang usrah umpama paksa rela dan bukan dengan kesungguhan sendiri.
kalau datang kitab x bawak.
catatan tak bawak
dah tu main tadah telinga jew.

Bila timbul bab2 yang menyentuh hal pemahaman islam mulalah nak melenting keluar yang tak tentu pasal.Aku nk tanya golongan ni dah tu masa usrah korang buat apa.

usrah ni nak mentarbiyyahkan diri kita.Bukan saje2 nak kumpul lps tu dgr tazkirah dan pandangan ahli usrah.Kalau x de tujuan baik duk umah tgk doraemon.

Nak bentuk manusia yang baik ni bukan senang.
Tgk imam syafi'i tarbiyah beliau bermula dari beliau kecil lagi yakni dari rumah.Bukan dah besar panjang bru belajar ilmu agama.


sabda Nabi S.A.W:

Manusia bagai seratus ekor unta, hampir sahaja anda tidak mendapatkan di antaranya(yang layak) menjadi tunggangan.”(MUTTAFAQUN ‘ALAIH)

Apa yang dimaksudkan nabi ni...

kenapa Nabi Muhammad S.A.W mengumpamakan manusia dengan unta.Kenapa unta?Dari sudut kekuatan ada lagi binatang yang lebih kuat iaitu gajah.Jadi kenapa unta.Sebab unta banyak kelebihan berbanding gajah.Unta mampu membawa beban yang berat.Walaupun dengan bebanan unta mampu berdiri tanpa bantuan alatan atau manusia.Unta mampu berjalan jauh tanpa minum.Dan unta mampu ingat jalan yang dilaluinya.

Apa maksud

hampir sahaja anda tidak mendapatkan di antaranya(yang layak) menjadi tunggangan.
maksudnya untuk medapatkan yang mempunyai semua kelebihan di atas secara total adalah hampir mustahil.
dan apa pula perumpamaan dengan manusia.

Manusia dalam seratus untuk mencari seorang yang sempurna sifat dan akhlaknya hampir mustahil.Adakah mustahil.Tidak.
Melalui cara apa untuk menjadi orang yang sempurna akhlak dan sifatnya.

Melalui...TARBIYYAH.

Jika ada sebarang kesilapan pandangan mahupun fakta sila komen di bawah...sebarang pertolongan diucapkan dengan ribuan terima kasih...

Assalamualaikum.


Credit picture:iluvanz.blogspot.com

Thursday, June 18, 2015

PDT student Life...Part 1


Assalamualaikum...

Ni lah gambar kolej ku yang tercinta setelah dua tahun berhempas pulas akhirnya TAMAT episod sebagai seorang pelajar Kolej Matrikulasi Pahang.

Saya merupakan pelajar PDT 2013/2015 (STARGAZER).
Di sini nak ceritakan sedikit pasal bebudak PDT

OK...pertamanya kebanyakan budak PDT ni masuk kerana ada satu subjek yang orang kata cukup makan dan majoritinya adalah add math.oh btw PDT bermaksud Program Dua Tahun.ok zaman batch saya yang masuk pdt rata2 dapat add math D....

"What....D add math."
ayat yang biasa didengari oleh pelajar pdt yang amat mengguris hati.Ye lah D add math lah masuk pdt....kalau aku dapat A aku mesti duduk ngan budak pst.Tapi lama2 x kisah pun..
ade jew budak pdt 9A 1D and of kos D tu add math.

OK nak diceritakan masa aku sem 1 dan sem 2 aku dapat blok kat kolej kediaman seri pekan 1...B1..and bilik tu adalah bilik no 8 tepi tangga,,,memang aku antara yang beruntung sebab dapat aras satu.Yang dapat aras 2 dan 3 kena panjat tinggi sikit le and penat sikit le...hehehe..

and roommate aku masa tu memang sporting gila2...yang aku paling rapat dengan shukran and Syahmi dua2 budak pahang....Syahmi ni budak ragbi and salah seorang yang ak anggap rajin tahap ultraman...pasal selalu study..

Shukran or aku panggil shuk kelakar gile orangnya sekrang kat unisza.Rajin jugak orangnye n seorang yang amat serius bila buat kerja.Dah tu aku....and kalau dua orang rajin of kos aku yang paling malas..ye lah kena lah seimbang....hehe...

Ok kehidupan kat sini bangun pagi2 kalau awal maka nampak lah muka aku kat surau masa subuh kalau lewat mmg tak le...tapi kebiasaanya......paham2 je lah.
lpas tu mandi kena awal pagi..kalau x memang panjang lah Q kat bilik air...nak menanti mandi memang menyeksakan..kebiasaanya hari jumaat jew penuh sebab kelas semua pukul 8 and kebiasaanya hari lain ade student yang kelas kul 9 and 10....tapi masa sem 1 and 2 peraturan x ketat sgt tu yang ade jew turun pkul 9,..sekarang ni semua kena kosongkan blok pkul 8.

Lepas tu kitorang akan masuk ke kelas dari pkul 8 sampai lah pkul 1.....1 sampai 2 ade rehat untuk semayang zohor dan makan....memandangkan aku duduk aras paling bawah waktu ni la aku naik.lps tu makan lewat skit sbb org dah x de kat kafe...

lps tu kelas akan mula pkul 2 sampai lah pkul 5...dan benda yang sama diulang2 sampai aku habis dua tahun kat cni....

ok gambar kat atas adalah gambar makmal yang mana korang akan bt practical kat  situ....and menjadi kewajipan anda memakai lab coat yang diberi....kalau x lacturer akan halau...

yang belakangnya adalah bilik tutorial...korang kat sini ada tutorial macam kelas kat sekolah and kat sini lah lahirnya kefahaman yang membeku di dewan kuliah....kat sini korang kena bt tutorial macam latihan gitu....

And kat KMPh ni ada dewan kuliah besar and kecik...DKK stand for Dewan Kuliah kecil and DKB stand for Dewan Kuliah Besar...and my personal opinion dewan kuliah kecil lagi best sebab ada meja yang statik and pendingin hawa yang lagi sejuk....kat DKB kebnyakan pakai meja yang boleh lipat tu....x suke sgt pasal selalu terpeleot dan habis jatuh barang2 atas meja..

Library kat sini memang besar.....tapi x leh la nak banding ngan uthm...tapi memang besar la sebab kalau main aci nyorok pun konferm susah nak jumpa....n buku kat sini in my opinion la...bnyak rak dari buku...that is kiasan yang menunjukkan buku kat sini x de lah bnyak sangat...ye lah dia pun tahu budak matrik bukan suka sangat pinjam buku or baca kat situ...kalau ade research ade la kalau xde mmg x la.

Kafe kat sini yang paling best Kafe A sebelah Kiri sebab ade mcam2 start from nasi campur tu western sampai lah snack...and second adalah kafe B sebelah kanan...sebab of kos la murah and ayam dia besau2...

sampai sini dululah lps ni kena bt part 2 ni....

Assalamualaikum....


Dilema UPU



Assalamualaikum.

Hari ni nak ceritakan pasal dilemma memilih program di upu.Maklumlah habis matrik x kan nak keje sijil matrik mana laku ye tak.Jadi insyaAllah kalau rezeki ada maka sambunglah degree.

Nak ceritakan,Saya ni nak le belajar jauh2 sikit.Maklumlah bak kata orang jauh perjalanan luas pengetahuan.Di zaman muda remaja ni la nak belajar jauh2 sikit dah tua bak kata org balik kampunglah jawabnya.

Jadi masa fasa 2 upu buka saya isi lah seperti berikut

1.UTHM
2.UITM
3.UPM
4.UTM
5.UTM

dan selanjutnya sampai pilihan ke dua belas ada uitm dan upm.

Dan....yang part dilemanya bila ibunda tercinta cakap

"pilih yang dekat2 dahlah nanti nak balik senang".
"yang dekat kat mane."
"UMT ngan UniSZA kan ade"
"Eh...UMT ngan UniSZA tu dekat sangat."

Begitulah dialognye...nak diceritakan UMT ngan UniSZA tu memang teramat dekat dengan rumah.Kalau pekik pun rasenya dengar.Dalam hati takkan nak pilih yang dekat sangat.Tak syoklah nak mengembara umpama burung di angkasa...cewah.

Tapi bila harapan seorang ibu...letak jugalah walaupun berat di hati dan yang lagi best sehari sebelum tarikh tutup muzzs pegi letak UMT first choice terus bak hang....InsyaAllah memang dapatlah jawabnye.Kalau ikutkan pointer memang kalau letak first choice memang peluang dapat tu cerah lah...

Mana taknya ade duit RM100 nak beli nasi lemak sebungkus agak2 dapat tak,Konfem dapat punye.(teruknya analogi aku).

Kalau duk UMT memang kalau tahun kedua maka secara rasmi memang duk umah lah jawabnya...heee macam anak dara...tapi pikir balik kalau ikut apa yang mak kita harapkan memang InsyaAllah dipermudahkan.

Dapat tak dapat tu bukan kerja kita tu kerja Allah kita hanya memohon namanya pun sistem permohonan hehe.

"Kadangkala Allah tak beri apa yang kita nak.Tapi Allah beri apa yang kita perlu."


Reposting.....again

Assalamualaikum.....last post tahun 2013.Kalau tgk macam blog yang dah mati.Tapi apakan daya semasa aku di matrikulasi internet memang slow tahap kamen rider.nak update blog memang x boleh.Lepastu kena plak program dua tahun jadi memang padanlah blog ni umpama hidup segan nak tutup malu....

Demi menghidupkan lagi blog ni walaupun aku tahu x ada makhluk yang membacanya.Tapi seperti ungkapan sorang sahabatku...
"suka hati akulah blog aku."
maka bermula ini hari berazam akan update blog ni setiap hari.