Friday, June 19, 2015

Kepentingan Tarbiyyah



Assalamualaikum

Hari ni nak ceritakan pasal kepentingan tarbiyyah.

Bila bab ni semua nak larikan diri nak2 usrah.Kalau ada usrah beberapa kerat yang hadir.Dengan erti kata lain seolah2 menganggap usrah ini bukan satu kepentingan dalam proses tarbiyyah.

Kalau usrah dah "out" apatah lagi jaulah,mukhayyam...tamrin...jauh sekali.
kalau ada pun datang usrah umpama paksa rela dan bukan dengan kesungguhan sendiri.
kalau datang kitab x bawak.
catatan tak bawak
dah tu main tadah telinga jew.

Bila timbul bab2 yang menyentuh hal pemahaman islam mulalah nak melenting keluar yang tak tentu pasal.Aku nk tanya golongan ni dah tu masa usrah korang buat apa.

usrah ni nak mentarbiyyahkan diri kita.Bukan saje2 nak kumpul lps tu dgr tazkirah dan pandangan ahli usrah.Kalau x de tujuan baik duk umah tgk doraemon.

Nak bentuk manusia yang baik ni bukan senang.
Tgk imam syafi'i tarbiyah beliau bermula dari beliau kecil lagi yakni dari rumah.Bukan dah besar panjang bru belajar ilmu agama.


sabda Nabi S.A.W:

Manusia bagai seratus ekor unta, hampir sahaja anda tidak mendapatkan di antaranya(yang layak) menjadi tunggangan.”(MUTTAFAQUN ‘ALAIH)

Apa yang dimaksudkan nabi ni...

kenapa Nabi Muhammad S.A.W mengumpamakan manusia dengan unta.Kenapa unta?Dari sudut kekuatan ada lagi binatang yang lebih kuat iaitu gajah.Jadi kenapa unta.Sebab unta banyak kelebihan berbanding gajah.Unta mampu membawa beban yang berat.Walaupun dengan bebanan unta mampu berdiri tanpa bantuan alatan atau manusia.Unta mampu berjalan jauh tanpa minum.Dan unta mampu ingat jalan yang dilaluinya.

Apa maksud

hampir sahaja anda tidak mendapatkan di antaranya(yang layak) menjadi tunggangan.
maksudnya untuk medapatkan yang mempunyai semua kelebihan di atas secara total adalah hampir mustahil.
dan apa pula perumpamaan dengan manusia.

Manusia dalam seratus untuk mencari seorang yang sempurna sifat dan akhlaknya hampir mustahil.Adakah mustahil.Tidak.
Melalui cara apa untuk menjadi orang yang sempurna akhlak dan sifatnya.

Melalui...TARBIYYAH.

Jika ada sebarang kesilapan pandangan mahupun fakta sila komen di bawah...sebarang pertolongan diucapkan dengan ribuan terima kasih...

Assalamualaikum.


Credit picture:iluvanz.blogspot.com

Thursday, June 18, 2015

PDT student Life...Part 1


Assalamualaikum...

Ni lah gambar kolej ku yang tercinta setelah dua tahun berhempas pulas akhirnya TAMAT episod sebagai seorang pelajar Kolej Matrikulasi Pahang.

Saya merupakan pelajar PDT 2013/2015 (STARGAZER).
Di sini nak ceritakan sedikit pasal bebudak PDT

OK...pertamanya kebanyakan budak PDT ni masuk kerana ada satu subjek yang orang kata cukup makan dan majoritinya adalah add math.oh btw PDT bermaksud Program Dua Tahun.ok zaman batch saya yang masuk pdt rata2 dapat add math D....

"What....D add math."
ayat yang biasa didengari oleh pelajar pdt yang amat mengguris hati.Ye lah D add math lah masuk pdt....kalau aku dapat A aku mesti duduk ngan budak pst.Tapi lama2 x kisah pun..
ade jew budak pdt 9A 1D and of kos D tu add math.

OK nak diceritakan masa aku sem 1 dan sem 2 aku dapat blok kat kolej kediaman seri pekan 1...B1..and bilik tu adalah bilik no 8 tepi tangga,,,memang aku antara yang beruntung sebab dapat aras satu.Yang dapat aras 2 dan 3 kena panjat tinggi sikit le and penat sikit le...hehehe..

and roommate aku masa tu memang sporting gila2...yang aku paling rapat dengan shukran and Syahmi dua2 budak pahang....Syahmi ni budak ragbi and salah seorang yang ak anggap rajin tahap ultraman...pasal selalu study..

Shukran or aku panggil shuk kelakar gile orangnya sekrang kat unisza.Rajin jugak orangnye n seorang yang amat serius bila buat kerja.Dah tu aku....and kalau dua orang rajin of kos aku yang paling malas..ye lah kena lah seimbang....hehe...

Ok kehidupan kat sini bangun pagi2 kalau awal maka nampak lah muka aku kat surau masa subuh kalau lewat mmg tak le...tapi kebiasaanya......paham2 je lah.
lpas tu mandi kena awal pagi..kalau x memang panjang lah Q kat bilik air...nak menanti mandi memang menyeksakan..kebiasaanya hari jumaat jew penuh sebab kelas semua pukul 8 and kebiasaanya hari lain ade student yang kelas kul 9 and 10....tapi masa sem 1 and 2 peraturan x ketat sgt tu yang ade jew turun pkul 9,..sekarang ni semua kena kosongkan blok pkul 8.

Lepas tu kitorang akan masuk ke kelas dari pkul 8 sampai lah pkul 1.....1 sampai 2 ade rehat untuk semayang zohor dan makan....memandangkan aku duduk aras paling bawah waktu ni la aku naik.lps tu makan lewat skit sbb org dah x de kat kafe...

lps tu kelas akan mula pkul 2 sampai lah pkul 5...dan benda yang sama diulang2 sampai aku habis dua tahun kat cni....

ok gambar kat atas adalah gambar makmal yang mana korang akan bt practical kat  situ....and menjadi kewajipan anda memakai lab coat yang diberi....kalau x lacturer akan halau...

yang belakangnya adalah bilik tutorial...korang kat sini ada tutorial macam kelas kat sekolah and kat sini lah lahirnya kefahaman yang membeku di dewan kuliah....kat sini korang kena bt tutorial macam latihan gitu....

And kat KMPh ni ada dewan kuliah besar and kecik...DKK stand for Dewan Kuliah kecil and DKB stand for Dewan Kuliah Besar...and my personal opinion dewan kuliah kecil lagi best sebab ada meja yang statik and pendingin hawa yang lagi sejuk....kat DKB kebnyakan pakai meja yang boleh lipat tu....x suke sgt pasal selalu terpeleot dan habis jatuh barang2 atas meja..

Library kat sini memang besar.....tapi x leh la nak banding ngan uthm...tapi memang besar la sebab kalau main aci nyorok pun konferm susah nak jumpa....n buku kat sini in my opinion la...bnyak rak dari buku...that is kiasan yang menunjukkan buku kat sini x de lah bnyak sangat...ye lah dia pun tahu budak matrik bukan suka sangat pinjam buku or baca kat situ...kalau ade research ade la kalau xde mmg x la.

Kafe kat sini yang paling best Kafe A sebelah Kiri sebab ade mcam2 start from nasi campur tu western sampai lah snack...and second adalah kafe B sebelah kanan...sebab of kos la murah and ayam dia besau2...

sampai sini dululah lps ni kena bt part 2 ni....

Assalamualaikum....


Dilema UPU



Assalamualaikum.

Hari ni nak ceritakan pasal dilemma memilih program di upu.Maklumlah habis matrik x kan nak keje sijil matrik mana laku ye tak.Jadi insyaAllah kalau rezeki ada maka sambunglah degree.

Nak ceritakan,Saya ni nak le belajar jauh2 sikit.Maklumlah bak kata orang jauh perjalanan luas pengetahuan.Di zaman muda remaja ni la nak belajar jauh2 sikit dah tua bak kata org balik kampunglah jawabnya.

Jadi masa fasa 2 upu buka saya isi lah seperti berikut

1.UTHM
2.UITM
3.UPM
4.UTM
5.UTM

dan selanjutnya sampai pilihan ke dua belas ada uitm dan upm.

Dan....yang part dilemanya bila ibunda tercinta cakap

"pilih yang dekat2 dahlah nanti nak balik senang".
"yang dekat kat mane."
"UMT ngan UniSZA kan ade"
"Eh...UMT ngan UniSZA tu dekat sangat."

Begitulah dialognye...nak diceritakan UMT ngan UniSZA tu memang teramat dekat dengan rumah.Kalau pekik pun rasenya dengar.Dalam hati takkan nak pilih yang dekat sangat.Tak syoklah nak mengembara umpama burung di angkasa...cewah.

Tapi bila harapan seorang ibu...letak jugalah walaupun berat di hati dan yang lagi best sehari sebelum tarikh tutup muzzs pegi letak UMT first choice terus bak hang....InsyaAllah memang dapatlah jawabnye.Kalau ikutkan pointer memang kalau letak first choice memang peluang dapat tu cerah lah...

Mana taknya ade duit RM100 nak beli nasi lemak sebungkus agak2 dapat tak,Konfem dapat punye.(teruknya analogi aku).

Kalau duk UMT memang kalau tahun kedua maka secara rasmi memang duk umah lah jawabnya...heee macam anak dara...tapi pikir balik kalau ikut apa yang mak kita harapkan memang InsyaAllah dipermudahkan.

Dapat tak dapat tu bukan kerja kita tu kerja Allah kita hanya memohon namanya pun sistem permohonan hehe.

"Kadangkala Allah tak beri apa yang kita nak.Tapi Allah beri apa yang kita perlu."


Reposting.....again

Assalamualaikum.....last post tahun 2013.Kalau tgk macam blog yang dah mati.Tapi apakan daya semasa aku di matrikulasi internet memang slow tahap kamen rider.nak update blog memang x boleh.Lepastu kena plak program dua tahun jadi memang padanlah blog ni umpama hidup segan nak tutup malu....

Demi menghidupkan lagi blog ni walaupun aku tahu x ada makhluk yang membacanya.Tapi seperti ungkapan sorang sahabatku...
"suka hati akulah blog aku."
maka bermula ini hari berazam akan update blog ni setiap hari.

Wednesday, May 22, 2013

Harapanku biar Allah tentukan


Assalamualaikum.....muzzs nak cerita pasal...harapan dan cita muzzs yang semakin lama semakin jauh..saya  berminat sangat nak mendalami bahasa Al-Quran iaitu bahasa arab...ramai kawan-kawan cakap...
"x payah belajarlah susah bahasa arab ni"
"nak belajar bahasa arab buat apa...nak kerja bahasa arab x wajib"
"kau nak belajar bahasa arab nak tafsir Al-Quran kew...beli jew Quran ada tafsir"

dan bermacam-macam lagi komen negatif...
ade jugak kawan yang bagi support dan yang menyokong tu saya ucapkan terima kasih...dan berdoa agar pahala kalau saya dapat belajar bahasa arab ni korang yang support blh sekali....hehe

ni saya nak cite sejarah hidup sikit.....saya sebenarnya minat nak belajar bahasa arab ni sejak daripada sekolah rendah lagi...saya Upsr dapat 4A1B..masa tu memang berkobar-kobar nak masuk SMKA Tok Jiring...dengan SMKA Sultan Zainal Abidin....masa tu memang down lah masa dapat tahu x dapat nak masuk ke sekolah agama di atas..pastu saya dengan ayah turun naik Jabatan Pelajaran Daerah dan Negeri...buat rayuan untuk masuk ke sekolah agama....masa tu memang kalau tengok surat rayuan memang lebih tebal daripada buku panduan telefon...tapi apakan daya...Allah telah tetapkan rezeki saya bkn di Sekolah agama....bila masuk sekolah premier....saya makin jauh untuk belajar bahasa arab....sampailah PMR...masa tu saya dapat tahu dari kawan ayah ada peluang belajar bahasa arab di Syria.....saya pun apa lagi berkobar-kobar semangat nak pergi....bila dalam masa 3 minggu persiapan nak pergi ada arahan daripada pihak Syria sendiri tidak membenarkan untuk pergi kerana berlaku konflik dan ada ura-ura nak berperang....

Bila dapat tahu saya rasa kecewa teramat sangat...mungkin Allah nak uji.....masa tu memang pergi sekolah dengan takde semangat nak belajar....sekali lagi Allah tetapkan bahawa bukan rezeki untuk mendalami bahasa arab....dan sehinggalah Spm dan sekarang saya tengah membuat persiapan untuk ke Matrikulasi Pahang.....selama dua tahun....saya rase mungkin belum sampai masa Allah memperkenankan doa saya...saya redha kerana mungkin Allah tetapkan belum sampai masanya....dan sehingga hari ini saya masih lagi menaruh harapan yang tinggi.....

doakan agar saya dapat belajar bahasa arab di mesir....walaupun bukan berlaku hari ini mahupun esok..
aku akan tetap menanti masanya.....insyaAllah

Assalamualaikum.......

Tuesday, May 21, 2013

Nikmat syukur


Assalamualaikum......ni muzzs nak cerita skit pasal bersyukur...bukan nak bagi tazkirah tapi just nak memperingati antara satu sama lain...saya bukan orang alim nak bagi tazkirah bab ni...

Syukur ni antara benda yang paling mudah untuk dibuat dan paling payah untuk kita amalkan...kita kalau selepas makan...ade tak kita ucapkan Alhamdulillah...kalau ada..tahniah...kerana anda insan yang bersyukur..kita ni memang susah nak bersyukur
(ni muzzs bukan mengata sapa2.muzzs pun mcm ni.sebab tu  muzzs guna kita dan bukan korang).
memang fitrah manusia.....seperti lagu saujana dan the zikr

Apa yang ada...jarang disyukuri
Apa yang tiada...sering dirisaukan.

adakah kita seperti lirik dia atas....muzzs mengakui kadangkala muzzs pun begini...ketika kita sejuk mungkin kita akan mintak panas....jika kita panas..mungkin kita akan mintak sejuk...
sifat syukur itu jarang kita praktikan...apa yang kita tahu kita harus bersyukur bila kita diberi nikmat...betul tak...yess..100% btul...ye memang kita perlu bersyukur ketika diberi nikmat....tapi adakah apabila kita diuji..kita tidak harus bersyukur....

Apabila diuji..kita juga harus bersyukur...kerana Allah menguji kita untuk membuatkan kita ingat akan Allah...saya bagi contoh...jika kita dapat kekayaan...apa yang kita buat...mungkin kita berbelanja membeli rumah...perabot dan sebagainya...dan adakah kita pasti ketika itu kita ingatkan Allah......dan jika tuhan menarik balik segala kekayaan yang kita kecapi...kemungkinan besar ketika itu baru kita ingatkan Allah...jadi sepatutnya kita harus bersyukur jika diuji...kerana Allah masih sayangkan kita dengan membuatkan kita mengingati-Nya

OK...enough...tukar mod plak....1...2...3...4...5...

hai....muzzs yang sengal dah kembali...hari ni muzzs ade tengok seorang muslimah ni...update status kat facebook....mcm ni lah lebih kurang...diharamkan mention name ye..
"heish...susahlah macam ni...matrik dapat...uPu pun dapat...mara pun dapat...kan senang kalau dapat satu jew"
MasyaAllah...weyy...x reti bersyukur kew...ramai lagi manusia kat atas muka bumi Allah yang tengah susah hati x dapat tawaran belajar...kita plak mengeluh dpat bnyak...beryukurlah skit...tuhan bagi rezeki tu bukan hak mutlak kita...Allah boleh tarik bila2 masa jew...nak uji kita sama ada pandai bersyukur atau tak....

bkn muzzs nak kate muzzs ni memang insan yang selalu bersyukur di setiap titik nikmat yang tuhan bagi...kalau dah memang tuhan bagi nikmat bertimbun-timbun apa salahnya dibalas dengan ucapan Alhamdulillah...
kalau kita tak ucap Alhamdulillah bukan berdosa pun...yes memang x berdosa..bahkan jikalau setiap inci bumi ini manusia melakukan maksiat dan tiada seorang pun yang melakukan amal ibadat nescaya tidak akan berkurang walaupun sedikit kuasa Allah.....

Ingatlah...kita ni hamba...jadi sebagai seorang hamba...sifat bersyukur perlu ada....
bersyukur ni banyak nikmat nya..
jika kita bersyukur bukannya Allah mengurangkan rezeki kita bahkan menambah rezeki kita....ingatlah janji Allah itu pasti..

sekian...Assalamualaikum...

Friday, May 17, 2013

Diploma Sains UItm-E2000


Assalamuailaikum.....apa khabar....apabila muzzs ternanti-nanti keputusan upu yg bakal keluar dengan excitednya nak balik cek al-maklumlah...masa tu muzzs tengah keje...n bila balik check rase down yg amat sangat...bukan x bersyukur tapi ramai kawan2 aku dapat asasi......aku pulak dapat diploma...masa aku isi UpU dulu aku letak hanya 1 jew diploma dan yang lainya semuanya asasi...bila check I-MasCu...asasi semua layak....tapi aku berserah kepada Allah...dia maha mengetahui....ni aku listkan kawan2 aku yg dapat kos yang best2

Nur Areeshah Bt Azmi-Asasi Perubatan UIam
Nur Syahida Bt Osman-Asasi Farmasi UIam
Amira Bt Aziz-Asasi Sains UItm
Ahmad Kamil Bukhari-Asasi Kejuruteraan Uitm
Adib Helmi Bin Mustafa-Asasi Kejuruteraan Uitm
Mohd Harkikie Fitrie Bin-Abd Karim-Asasi Kejuruteraan Uitm
Nur Fatin Adliena-Asasi Sains Hayat Unimas
Azra Hilmi Bin Mat Sedik-Diploma Kejuruteraan Elektrik Uitm
Muhammad Aslam Bin Hasin-Diploma Kujuruteraan Elektrik Uitm
Fatin Izzayu Binti Che Arif-Diploma Kejururawatan UniSZA
Tg Mohd Hisyam Bin Tg Ibrahim-Diploma Bahasa Arab Ain Shams Mesir
Nur Syafiqah Bt Nur Shahibi-Asasi Undang-undang UIam
Nur Syahida Bt Anuar-Tamhidi Perubatan Usim
Nur Syuhaida Bt Mohammed-Tamhidi pergigian Usim


Tahniah semua ye kawan2....moga Allah mempermudahkan segala urusan....dan ade lagi 2-3 orang di atas yg kemungkinan besar akan pergi ke luar negara...insyAllah....

nak cerita skit pasal diploma sains ni....berdasarkan seorang senior diploma sains ni belajar subjek yg sama dengan matrik iaitu  biology,physic and kimia....beberapa thun lepas kita dibolehkan memilih antara sains hayat dan sains fizik...sains hayat ialah amik biology dan kimia manakala yang sains fizik amik kimia dan fizik...dan kalau amik diploma sains ni...memang salah satu jalan untuk ambil kursus perubatan,pergigian dan farmasi dan bermacam lagi kerana bidang yg boleh kita sambung amatlah bnyak...tapi start thun 2011 x silap...semua plajar diploma sains mengikuti silibis baru atau OBE...yang mana kita kena amik semua subjek iaitu fizik kimi dan biology...maka takdelah perpercahan subjek....

senior yang saya sedang mengumpat ni...(tersedak kawan tu)..ialah pelajar uitm kampus negeri sembilan...kuala pilah x silap...tapi beberapa lagi kampus antaranya  ialah uitm arau perlis...pembelajaran di diploma sains orang kata x beberapa rushing macam matrik dan asasi...jadi pembelajaran dia lebih relax...relax tu bergantung kepada individu lah...kalau yg nak score utk dapat anugerah dekan tu x berapa rileks lah ye....kalau yang berfikiran asal blh sambung degree atau keje...haa yang ni memang btul rileks lah..

Jadi yang sape2 yang kalau rase x blh jadi doktor x sempurna hidup...tapi result ckup2 makan jew...mintak lah diploma ni...memang boleh punya sambung medic..tapi kena score lah...kalau pergi uitm just nak lawan Fifa,Pes,dengan counter strike baik x payah....kalau dah habis diploma tapi x dapat sambung degree di Malaysia...dia luar negara pun boleh tapi kena Loaded lah....yang pernah dengar ada budak diploma sains sambung medic dekat mesir....wowww....budak matriks pun belum tentu dapat sambung luar negara...

ok setakat ni sajalah....buat lah fikiran dan pilihan yang bijak kerana hal ni bukan untuk 2-3 thun...tapi mungkin mecorakkan hidup kita di hari esok....ok...

Assalamualaikum....