Saturday, April 6, 2013
Kesedaran....kebangkitan
Assalamualaikum..hari ni muzzs nak cite pasal perangai manusia yang suka putus asa(termasuk penulis hehe)..Kita sebagai manusia...memang korang selalu dengar kata-kat hidup ini seperti roda kereta lembu..kadang ada dia atas..kadang ada dibawah...dalam hidup ini kita tak mungkin akan jadi seperti langit dan tanah...iaitu langit selalu berada di atas...dan tanah akan selalu berada di bawah..
Sama ada kita berjaya ataupun tidak...bergantung kepada usaha..muzzs bila orang tanya dapat berapa A...dengan tanpa segan silunya muzzs menjawab 6A....kerana apa..kerana muzzs tahu setakat mana usaha muzzs...yang straightA tu tak payah cakaplah usaha setakat mana...ada yang sampai tak cukup tidur..muzzs bukan sahaja yak cukup tidur..malahan terlebih tidur(hehe...please don't try this at home)...
Kalau kita tak berjaya dapat result cemerlang dalam SPM adakah kita akan gagal selamanya...jawapanya adalah bergantung pada diri anda sendiri jika anda terus berputus asa dan malas untuk belajar..maka kemungkinan anda adalah orang yang akan gagal selamanya...Belajar tidak semestinya masuk universiti..kita boleh belajar pelbagai kemahiran secara tidak formal....banyak dan tak terkira kalau di ikutkan(kalau nak kira silakan ye hehe)...tetapi muzzs ada satu kata-kata bagi orang yang pernah gagal...
Hidup ini umpama...berada di pantai...dan kita mencari sebutir pasir hitam di dalam satu lautan pasir kuning..apabila kita gagal mencarinya..maka teruskanlah mencari...kerana pasir hitam bukanya satu...
Up to korang lah nak tafsir macam mana ye...yang penting pointnya ialah..teruskan berusaha cari peluang yang ada...berdoa kepada Allah...solat hajat...dan amalkan solat dhuha...kerana solat ni dhuha ni seperti mana kita ketahui merupakan amalan usahawan berjaya seperti Abdul Rahman Bin Auf...solat dhuha merupakan magnet rezeki...
Andai kamu mengerjakan solat dhuha...kamu mungkin akan mendapat rezeki yang tidak kamu sangka..dari mana datangnya...
setakat ni sajalah...nak taip banyak2...sayang pulak nak tekan keyboard..ye lah takut lah pudar warna keyboard ni(hehehe)
Assalamualaikum................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment