Tuesday, April 9, 2013

Kekuatan...



Assalamualaikum....muzzs khabar baik Alhamdulillah(orang tak tanya pun hehe)..tengok pada tajuk di atas...musti ramai yang terpikir...buang tebiat ke blogger ni letak tajuk satu patah....well3....sebagaimana biasa ini adalah blog daku...maka ikut suka daku lah nak tulis apa....

tajuk ni sebenarnya mengambarkan bertapa susah hatinya seorang manusia yang menjadi penulis blog ini berikutan...ramai sahabat handai mintak tawaran ke luar negara...maka dengan tengok post-post facebook dan tweeter...maka bertambah sedihlah diriku yang setakat ini hanya mengharapkan dapat apa yang dihajatkan di upu....dek kerana banyak sangat post-post di facebook yang menceritakan kegembiraan diorang...maka diriku terfikir.....jap2...apasal puitis benar bahasa ni..hehe

muzzs pun terfikir...yang post kat facebook pasal kegembiraan diorang ni...diorang tak fikir ke pasal kesusahan,kesedihan orang lain..mungkin bagi muzzs yang berhati keluli(cheewaah)ni tak kisah...ada seorang budak tu bila nampak je kawan-kawannya post pasal kejayaan diorang kat facebook maka tanpa ribut dan hujan beliau terus menutup komputernya dan menangis..sampai emaknya mari mengadu kat seorang ustaz pasal tak tahu lagi nak buat macam mana....

Kepada yang cemerlang dengan result yang mengegarkan bumi malaysia ni...fikirlah 2-3 kali bila nak post something on facebook tu...jaga hati orang lain...yes...muzzs tahu memang korang happy...kalau boleh buatlah dengan cara yang betul seperti solat sunat...sujud syukur yang akan membuatkan anda dan orang lain bahagia....Keputusan yang cemerlang itu mungkin boleh menjadi rahmat..dan mungkin juga boleh menjadi ujian...Allah nak lihat kita sejauh manakah..kita beriman kepada Allah setelah kita diberi rahmat oleh Allah...muzzs harap Allah tak akan palingkan mereka ke arah kebinasaan setelah Allah memberi rahmat kepada mereka..(mereka tu merujuk kpd yang cemerlang hehehe)

Kepada yang gagal...tak bermakna anda selalu gagal...muzzs pun di antara orang yang  pernah gagal..tapi muzzs percaya Allah tak akan sia-siakan hamba-hambanya yang bersyukur...jadi kesimpulan yang bersimpul..kita gagal kerana diuji Allah kerana Allah masih sayangkan kita....adakah anda ingat kepada Allah ketika anda gagal....tentu sekali...dan adakah anda pasti yang jika Allah berikan kejayaan kepada kita...kita akan terus mengingati Allah...fikir-fikirkan lah...

Kejayaan selepas kegagalan adalah manis......maka beruntunglah kepada yang pernah gagal dan tidak berputus asa untuk bangkit...

sekian......Assalamualaikum.


Saturday, April 6, 2013

Kesedaran....kebangkitan




Assalamualaikum..hari ni muzzs nak cite pasal perangai manusia yang suka putus asa(termasuk penulis hehe)..Kita sebagai manusia...memang korang selalu dengar kata-kat hidup ini seperti roda kereta lembu..kadang ada dia atas..kadang ada dibawah...dalam hidup ini kita tak mungkin akan jadi seperti langit dan tanah...iaitu langit selalu berada di atas...dan tanah akan selalu berada di bawah..

Sama ada kita berjaya ataupun tidak...bergantung kepada usaha..muzzs bila orang tanya dapat berapa A...dengan tanpa segan silunya muzzs menjawab 6A....kerana apa..kerana muzzs tahu setakat mana usaha muzzs...yang straightA tu tak payah cakaplah usaha setakat mana...ada yang sampai tak cukup tidur..muzzs bukan sahaja yak cukup tidur..malahan terlebih tidur(hehe...please don't try this at home)...

Kalau kita tak berjaya dapat result cemerlang dalam SPM adakah kita akan gagal selamanya...jawapanya adalah bergantung pada diri anda sendiri jika anda terus berputus asa dan malas untuk belajar..maka kemungkinan anda adalah orang yang akan gagal selamanya...Belajar tidak semestinya masuk universiti..kita boleh belajar pelbagai kemahiran secara tidak formal....banyak dan tak terkira kalau di ikutkan(kalau nak kira silakan ye hehe)...tetapi muzzs ada satu kata-kata bagi orang yang pernah gagal...

Hidup ini umpama...berada di pantai...dan kita mencari sebutir pasir hitam di dalam satu lautan pasir kuning..apabila kita gagal mencarinya..maka teruskanlah mencari...kerana pasir hitam bukanya satu...

Up to korang lah nak tafsir macam mana ye...yang penting pointnya ialah..teruskan berusaha cari peluang yang ada...berdoa kepada Allah...solat hajat...dan amalkan solat dhuha...kerana solat ni dhuha ni seperti mana kita ketahui merupakan amalan usahawan berjaya seperti Abdul Rahman Bin Auf...solat dhuha merupakan magnet rezeki...

Andai kamu mengerjakan solat dhuha...kamu mungkin akan mendapat rezeki yang tidak kamu sangka..dari mana datangnya...

setakat ni sajalah...nak taip banyak2...sayang pulak nak tekan keyboard..ye lah takut lah pudar warna keyboard ni(hehehe)

Assalamualaikum................

Thursday, April 4, 2013

Anjakan....paradigma


Assalamualaikum....musti ramai yang garu kepala tengok tajuk post ni....macam formal je post ni...malaslah nak baca...wait3...baca sampai habis...post ni muzzs buat sebab ada viewer blog muzzs(ade jgk yang sudi komen)..komen untuk buat post yang penulisannya agak santai..

Kalau...anda semua(cheewah) baca post yang tahun 2012...mesti korang akan pelik dengan cara penulisan yang sikit punya sama macam seorang penulis buku(hermm-_-)..dan ada seorang hamba Allah(nama tak perlu diberitahu kalau bagitahu pun bukan kenal..ye tak) ni dia kata buatlah post yang agak santai dan seronok dibaca...

Maka tahun 2013 inilah  muzzs mula tulis post macam orang masuk ayaq(air)..yang ada mixture element fakta,dakwah dan sedikit merapu(sikit kew)....elemen dakwah tu diserapkan agar tak lah nampak macam junk je post yang ada...bukan apa...manusia ni mudah lupa...dan dengan ini..kita dapat mengingatkan tentang agama antara satu sama lain

Berkenaan gambar tu...musti ada yang tanya apa sal letak gambar orang melompat..hehe..sebabnya ialah muzzs x dapat fikir gambar apa yang boleh diletakkan selari dengan tajuk jadi maybe this works...anjakan saujana lah katakan.....

sekian.....Assalamualaikum

Wednesday, April 3, 2013

Gelagat facebook........ -_-


         

Assalamualaikum...hehe..rajin pulak penulis hari ni...sampai dua pos nak ditulisnya hari ini...ala maklumlah dapat laptop baru...hehe..
muzzs baru dapat laptop baru yang lama..ada paham...dengar erti kata lain laptop tangan kedua..atau omputih panggil 2nd hand..laptop Toshiba A200..(orang  tak tanya pun)..hehe...bukan nak menunjuk(memang tak de gambar pun nak tunjuk)...apatah lagi nak riak(nauzubillah)

hermm...cerita pasal riak ni...kita boleh tengok ramai manusia yang riak ni adalah dalam laman sosial...facebook,tweeter(lantak eja macam mana pun),tagged dan juga mudah.my.. -_- ..(ni laman sosial kew?)..hehehe

dengan tidak semena-menanya...tiba-tiba ada komen...."Saya telah menunaikan solat isyak"..apa hal nak cakap...kalau buat ibadah tu kalau dah menunjuk2 kat orang bukan ke sia2 namanya..kalau dah sembahyang tu baguslah..yang pergi buat announcement kat facebook tu apa hall..orang yang duk dalam masjid siap ada speaker lagi tak ada pun dia buat announcement macam tu...lainlah kalau tulis kat blog yang kita sorang je boleh baca...ni beratus orang...silap2 orang Iceland pun baca...

berubahlah...buat benda baik..buat ibadat tu tak salah..yang salah nye kenapa habis segala tidak tanduk nak tulis dalam facebook...meluat muzzs tengok...antaranya

"Saya dah mandi...lepas ni nak gi town"
"Sedang memasak meggi...2minutes and counting"
"Tengah basuh T@1k kucing..fed up betul"
"tengah berus kotoran kat baju...dah sejam tak tanggal2"
"Saya sedang membasuh pinggam...of course..im a good girl" ..   :p

Yang peliknya....diorang ni faham tak pengunaan kata sedang ini...yang sedang basuh pinggan dia update status guna pinggan kew....yang tengah basuh baju plak..dia online pakai baldi ke...haish..musykil3..nak termuntah pun ada...kan bagus kalau yang ada post hadis...ayat2 motivasi...berfikir lah jugak time2 duk tengah online tu...ye tak..

Satu lagi ye...ini sebagai promosi..sapa2 yang masuk baca post ni..dipersilakan jemput saudara mara,sahabat handai,jiran tetangga,adik beradik,bau2 bacang...untuk merajinkan diri melawati blog ini...memandangkan blog ini muzzs seolah melalut seorang diri....kalau ada apa2 komen letak taip jew ye...keyboard dah ada komputer dah ada..apa salahnya taip sepatah dua...kan2..

Last sekali....dalam melayari facebook tu fikirlah dengan akal yang tuhan bagi..agar menilai mana yang baik mana yang buruk...yang baik tu selalukanlah buat agar dapat ganjaran pahala...kalau post benda baik macam hadis kew kalau orang lain baca kita pun dapat pahala...kalau orang baca..orang pun dapat pahala..
kadang kala...mungkin apa yang kita pos menyakitkan hati orang lain...jadi..janganlah pos yang bukan2..

Assalamualaikum

UPu.....Dilemma








Assalamualaikum.....hehe kali ni nak cite pasal upu...budak Spm leavers dia mesti tahu...sebab upu ini untuk menempatkan kita di universiti2 tempatan..hehe tgk gambar kat atas musti ramai yang tahu universiti apa kan...kan..kan...

inilah Universiti Islam Antarabangsa...ataupun budak2 biasa panggil UIA atau budak indie suka panggil IIUM.....hehe

ni lah antara salah satu tempat yang muzzs sendiri mintak...(dengan result yang tak berapa best hehe..)
dan amat2 berharap dapat melajutkan peluang pelajaran di sini...dan yang muzzs mintak semuanya asasi..
antara pilihan muzzs adalah
1.Asasi sains kesihatan bersekutu
2.Asasi sains kemanusiaan
3.Asasi undang2

dan kawan2 atau bebudak yang nak baca post ni tak kira tahun mana anda berada(macamlah ada orang nak baca..hehe)...silalah pilih universiti di dalam upu...berdasarkan pelbagai faktor antaranya faktor kemampuan untuk follow,darjah ketersampaian,lokasi,cara pembelajaran,minat,prospek kerja dan sebagainya..mungkin kita boleh kata "well sekurang-kurangnya minat boleh dipupuk mintak jelah apapun asalkan dapat masuk U dan dapat kerja sudah"

itu pendapat orang yang berkata...(sapa banyak makan gula dia kena kencing manis)...pendapat muzzs pulak mintak berdasarkan minat..supaya kita boleh enjoy every momment time belajar...bila dapat kerja..kita akan buat kerja dengan penuh kesungguhan dan keihklasan kerana apa kerana...MINAT.

Bila kita tak minat...buat apa pun tak ada kesungguhan...contoh..orang minat melukis dan orang benci melukis...mana satu agak2 yang lukisan dia cantik...mestilah yang minat melukis sebab faktor2 di atas.

Apapun pilihan kita biarlah macam orang ada agama(kasor benor)..selalu solat istikharah..mohon pentunjuk dan amalkan solat hajat..agar apa yang kita hajatkan diperkenan Allah.....insya|Allah

satu lagi....niat masa isi Upu tu nanti..mesti tanam niat nak belajar..bukan nak cari teman pengganti(black),penyejuk mata(cheewah),dan yang lain...ada yang nak pi masuk U kerana nak lawan PES(Pro Evolution Soccer tak tahu apa benda sila mengoogle) dengan kawan2...Haiya..

Masyakarat....(masyarakat berkarat)

sekian setakat ini sajalah...nak pergi tengok meter letrik jap...rase macam melambung bil Api ni...hehe
Assalamualaikum

Monday, April 1, 2013

keputusan....SPM..huhu



Huhu....sape2 yang masuk dalam blog ini dipersilakan masuk ye....kepada sapa2 yang masuk dalam blog ini ibarat seorang tetamu masuk rumah kosong :)...hehe maklulah penulis blog ini semangat die macam beruang kutub bila rajin cari makan bila malas tido...tapi penulis blog ni rajin skit kot..hehe

OK ...ni sebenarnya nak cerita pasal result SPM yang dikeluarkan baru-baru ini...tahniah kepada pelajar yang dapat result yang orang puteh cakap over the moon perasaanye....yang butterfly in the stomach tu samalah dengan perasaanku...huhu..result boleh dikatakan okeylahh...(sbut smbil luruskn tangan buat waves) .Ala maklumlah...diriku ini terlampau rajin sehingakan exam year tu dapat habiskan 5 PC games..(jgn tiru..jika tidak masa depan anda umpama kegelapan di bwah katil)..

Ye lah cikgu bagi buku latihan utk dibuat bagi memantapkan ilmu tapi buku tersebut masih lagi boleh dijual dengan harga yang dibeli dulu...memang perghh suci persih...kehkeh....kalau tengok best student sampai lunyai buku tu...tak cukup dengan tu habis kat kedai buku dibelinya semua buku latihan...kalau dikira dakwat pen best student dalam seminggu habis sebatang pen...tetapi okeylah student(penulis...hehe) pen yang entah dua tiga tahun tu masih in a tip-top condition...

Tetapi...still now..daku masih lagi bersyukur kerana tuhan bagi aku keputusan yang stimpal dengan usaha aku..bila aku x dapat result yang bagus barulah ingat kat tuhan..apa dosa masa dulu.. tetapi kalau aku dapat result yang gempak aku rasa aku mungkin makin jauh dari Allah(Nauzubillah)..

Allah bagi result yang sesuai dengan usaha ku...mungkin Allah telah mengaturkan segalanya..aku bercadang nak amik medik tapi tengok result mcam ni maybe jadi benda lain...Allah maha mengetahui..mungkin rezekiku bukan dalam bidang kedoktoran...InsyaAllah...

Allah mengujiku kerana Allah masih sayangkan diriku.....