Assalamualaikum...
Sebelum memulakan penulisan saya...2 soalan untuk pembaca .
lihat gambar di sebelah.Berapakali menjejakan kaki dalam seminggu
pernahkah mendalami ilmu agama di sini dan berapa kali dalam seminggu.
Jika jawapan bagi pertama adalah "pernah"dan jawapan kedua juga adalah "pernah" maka Alhamdullillah.Jika jawapan yang diterima sebaliknya,Dimanakah kita?
Muzzs sebenarnya kadang kala sedih bila ke surau bilangan makmum itu sendiri lebih kecil dari bilangan kipas di surau.Kadang kala muzzs rasa malu juga bila ustaz mengajar ilmu agama,seolah-olah ustaz itu bercakap seorang diri.
Pernah muzzs ke surau dan bila "time" ustaz mengajar tengok-tengok hanya ada dua orang makmum termasuk muzzs sendiri.Dimanakah generasi muda yang masih sihat tubuh badan dan akal fikiran.Muzzs selalu terima dari generasi muda seangkatan dengan muzzs ialah tak sempat,sibuk,tuisyen,kelas malam,study, dan sebagainya.
Jika pelajar-pelajar biologi boleh hafal nama tulang belakang bermula dari Cervicle,hinggalah ke coccyx.Masakan tidak boleh menghafal sebahagian hadis.Jika ditanya soal kitab fiqah,Tassauf dan lain-lain.Maunya sampai ke subuh terkedu dan terkelu.
ilmu akhirat jangan di lupa jangan belajar ilmu dunia atau ilmu akal sahaja.
Nabi pernah bersabda:
"jika kamu ingin bahagia di dunia dengan ilmu,jika kamu ingin bahagia di akhirat dengan ilmu dan jika kamu ingin bahagia untuk kedua-duanya juga dengan ilmu."
belajarlah ilmu agama sekurang-kurangnya khatam satu kitab.Paling mudah adalah kitab fiqah karangan Sheikh Daud Al-Fattani iaitu Matla' Badrain.
Tapi ada juga yang mempersoalkan jika belajar di surau hanya mendengar kuliah maghrib pun bukan boleh jadi ustaz.Ilmu agama adalah sebagai pembimbing diri agar mengikuti landasan sebenar syariat.Adakah jika kita mempelajari ilmu agama wajib bagi kita menjadi ustaz?.
Fikir-fikirkanlah
WallahuA'lam

No comments:
Post a Comment