Saturday, December 1, 2012
Apabila diri jatuh tangga
Amacam tgk tjuk post ni mesti ramai yang pening dan tak faham.Apa yang nak diceritakan apabila ada seorang hamba Allah melepaskan perasaan kepada muzzs.Seorang pelajar yang merajuk dengan pihak sekolah kerana dia telah berusaha bersungguh-sungguh setakat termampu tetapi pihak sekolah hanya mengambil berat tentang beberapa pelajar yang menjadi harapan sekolah untuk cemerlang.
Pihak sekolah dikatakan memberi penghargaan secara berterusan kepada pelajar cemerlang.Hamba Allah ini mengatakan bahawa dia agak berkecil hati kerana pelajar cemerlang selalu dibawa sekolah ke kem-kem dan selalu dibelanja makan. Rasa dalam hati nak tergelak pun ada tapi hati kawan kenalah dijaga.
Ya sememangnya di sekolah muzzs pun jadi macam ini jugak tetapi memandangkan muzzs ni pun tergolong pelajar yang bukan target sekolah dan tergolong dalam pelajar yang tak kisah.Jadi perkara ni dianggap biasa saja.
Memanglah kejayaan yang setiap orang kecapi mestilah dengan usaha sendiri tetapi perlu diingat bahawa Allah sahajalah yang memberikan segala rezeki dan kenikmatan dan kejayaan yang dikecapi.Yang gagal bukanlah tuhan telah tetapkan bahawa dia akan selalu gagal.Tetapi ada rahsia di sebalik kegagalan itu.
Dalam peristiwa perang uhud pun umat islam diuji dgn kegagalan tetapi selepas itu Allah telah mengurniakan kejayaan kepada umat islam hinggalah kepada peristiwa pembukaan kota mekah.Kegagalan umat islam dalam perang uhud itu mempunyai pengajaran yang tersirat bagi umat islam.
kejayaan dan kegagalan adalah daripada Allah semata-mata berdasarkan usaha kita sendiri.
Allah telah berfirman
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri” (Q.S. Ar-Ra’d:11)
Tetapi bagi mereka yang telah berjaya harus diingat bahawa kejayaan merupakan nikmat Allah yang
boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja.
Wallahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment